Kerja Kosong Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2022

Mencari Kerja Kosong, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2022. Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Di Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan universiti Islam yang baru ditubuhkan yang dimiliki dan disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Ia bercita-cita untuk menjadi pusat rujukan global bagi Sains Islam dan berada di peringkat termaju dalam penyelidikan dan pembangunan saintifik.

Selain program akademik yang ditawarkan, USIM menggalakkan pendekatan seimbang antara aspek kehidupan jasmani dan rohani. Pendekatan ini diamalkan secara meluas di seluruh universiti termasuk di peringkat pentadbiran dan pengurusan. Dalam konteks ini, Universiti Sharjah menganut pendekatan holistik terhadap penyampaian ilmu, yang menyatukan ilmu wahyu (ilmu Naqli) dan ilmu rasional dalam penyampaian ilmu (ilmu Aqli).

Hasilnya, USIM menyediakan model yang unik untuk pendidikan tinggi Islam, yang membezakannya dengan universiti Islam lain di seluruh dunia. Penyertaan sains agama bersama sains sosial dan fizikal dalam semua program universiti menyumbang kepada pemahaman yang lebih menyeluruh tentang isu global semasa dan pembangunan pendekatan baharu untuk menyelesaikannya.

Berikut adalah kerja-kerja kosong yang diperlukan.

Kerja Kosong Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2022

Jawatan yang ditawarkan:

  1. Jurutera/ Arkitek/ Juruukur Bahan/ Arkitek Landskap
  2. Pegawai Tadbir
  3. Pegawai Tadbir (Sukan)
  4. Pegawai Tadbir (Psikologi)
  5. Juruterapi Pergigian
  6. Penolong Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam)
  7. Penolong Pegawai Tadbir (Pereka)
  8. Penolong Pegawai Tadbir (Penerbit Rancangan)
  9. Penolong Akauntan
  10. Juruteknik Komputer
  11. Pembantu Kemahiran (Kayu)
  12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  13. Pembantu Pembedahan Pergigian
  14. Pemandu Kenderaan
  15. Pengawal Keselamatan

Syarat Kelayakan :

JawatanTarafPenempatanRingkasan Tugas
Jurutera/ Arkitek/ Juruukur Bahan/ Arkitek Landskap (GRED J41)TetapKampus Nilai, Negeri Sembilan Unit Kontrak dan Ukur Bahan:
– Bertanggungjawab merancang, mentadbir dan memastikan proses perolehan kerja dan perkhidmatan termasuk perunding dan bekalan dilaksanakan dengan amalan terbaik dan berdasarkan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia.
– Bertanggungjawab   memastikan projek pembangunan yang dimohon dan diluluskan serta peruntukan yang disalurkan  dilaksanakan mengikut perancangan supaya aktiviti pentadbiran dan pengurusan, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan tidak terjejas.
Unit Kejuruteraan Mekanikal:
– Bertanggungjawab memastikan setiap rekabentuk, spesifikasi dan pemasangan sistem mekanikal memenuhi keperluan Kampus USIM, mematuhi kemudahan penyelenggaraan, mematuhi peraturan perolehan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.
– Bertanggungjawab terhadap pengurusan kerja-kerja penyelenggaraan kampus termasuk pematuhan kepada Akta-Akta yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Unit Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik:
– Bertanggungjawab memastikan projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan supaya proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan tidak terjejas.
– Mengurus dan menyelia penyelenggaraan pepasangan elektrik di Kampus USIM agar sentiasa selamat serta berfungsi untuk pengajaran dan pembelajaran serta mematuhi peraturan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Tenaga dan pihak berkuasa tempatan.
Unit Arkitek Landskap:
– Bertanggungjawab memastikan projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan supaya proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan tidak terjejas.
– Bertanggungjawab  menyelenggara fasiliti secara berkala supaya bersih, selamat dan ceria serta sesuai untuk pembelajaran dan pengajaran.
– Bertanggungjawab merangka, merancang dan melaksanakan perbelanjaan berdasarkan peruntukkan kewangan yang diperuntukkan serta memastikan perbelanjaan yang diluluskan dapat dibelanjakan didalam tempoh yang dirancangkan.
Unit Arkitek:
– Bertanggungjawab membantu Ketua Unit memastikan projek pembangunan/ubahsuai dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan, mengikut terma kontrak yangdipersetujui supaya proses pembelajaran danpengajaran serta penyelidikan tidak terjejas.
– Bertanggungjawab membantu Ketua Unit memastikan projek yang disiapkan fizikal pembinaan dilengkapi dengan kelengkapan (perabot, papantanda, langsir/blind) yang mencukupi dan bersesuaian berpandukan peruntukan yang disediakan.
– Bertanggungjawab membantu Ketua Unit memastikan kerja pembaikan item dalam skop Unit Arkitek (perabot/kemasan/papantanda dll)dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan agar penggunaan dan pengoperasian pembelajaran dan pengajaran  berjalan lancar.
Pegawai Tadbir (GRED N41)KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perancangan pentadbiran jabatan, pengurusan bajet kewangan jabatan, pengurusan terimaan dan agihan Dana/Sumbangan Wakaf, Zakat, Infaq, Endowmen serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Pegawai Tadbir (Sukan) (GRED N41)TetapKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab terhadap pengurusan sukan khususnya dalam pentadbiran jabatan, perancangan aktiviti sukan, penganjuran kejohanan, penggalakkan sukan, menyelaraskan program sukan/rekreasi dan menyediakan kertas kerja/cadangan/bajet melibatkan pengurusan sukan.
– Bertanggungjawab sebagai penyelaras sukan meliputi pembangunan sukan, pemilihan atlet, persediaan pasukan, perancangan pembentukan pasukan, merancang program latihan dan menyediakan kertas kerja/ cadangan/bajet melibatkan pembangunan sukan/atlet dan kebajikan atlet.
– Bertanggungjawab terhadap pengurusan fasiliti meliputi perancangan pembangunan fasiliti, menaiktaraf dan menyelenggara fasiliti, merancang pembelian keperluan sukan dan menyediakan kertas kerja/cadangan/bajet melibatkan keperluan sukan dan menyediakan kawasan pertandingan.
– Bertanggungjawab terhadap khidmat profesional termasuk memberi khidmat nasihat dalam aspek sukan, teknikal dan pertandingan sukan, penglibatan dengan agensi luar/persatuan sukan, memberi latihan dan syarahan berkaitan sukan kepada pihak yang berkepentingan dalam kepakaran berkaitan sukan dan rekreasi dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Pegawai Tadbir (Psikologi) (GRED N41)KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan perkhidmatan sesi kaunseling kepada pelajar, perkhidmatan sesi bimbingan kepada pelajar, perkhidmatan pentadbiran dan pentaksiran ujian psikologi mengikut keperluan.
– Bertanggungjawab melaksanakan program-program pembangunan pelajar, menyelaras hebahan, penyelenggaraan dan pengendalian media social, melaksanakan program-program dalam talian berkaitan bimbingan, psikologi dan kaunseling secara berkala, menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
– Berdaftar sebagai Kaunselor dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
Juruterapi Pergigian (GRED U36)Tetap/KontrakKampus Pandan Indah, Kuala Lumpur– Bertanggungjawab kepada Dekan/Ketua Jabatan/Ketua Unit dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan klinik pergigian, pencegahan jangkitan silang, sokongan pembelajaran, promosi kesihatan pergigian, sistem maklumat pesakit, kemajuan fakulti dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
– Berpengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang yang relevan.
Penolong Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam) (GRED N29)TetapKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab melatih serta menyelia senarai pelajar yang boleh digilirkan sebagai Sukarelawan Imam dan Bilal di Kompleks Islam, menyelia dan menyelaras Khutbah Jumaat di Kompleks Islam, membantu gerak kerja Timbalan Pengarah Pusat Islam dalam hal ehwal sekretariat yang bernaung di bawah Pusat Islam, menyelia dan menyelaras hal ehwal berkenaan Ruqyah Sharíyyah di Kompleks Islam.
– Bertanggungjawab menyelaras perolehan barangan untuk kegunaan di Kompleks Islam, membantu mengurus pembayaran saguhati untuk program-program pengimarahan di Kompleks Islam, menyediakan kertas kerja untuk program-program pengimarahan Kompleks Islam, menyelia dan menyelaras perjalanan Kelas Al-Quran (Anwarul Quran) di Kompleks Islam, mengurus dan menyelaras program-program pengimarahan Kompleks Islam dan program-program sekretariat mengikut protokol program yang bersesuaian dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Penolong Pegawai Tadbir (Pereka) (GRED N29)KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab terhadap reka bentuk majalah e-Risalah (keluaran digital e-book), Risalah (cetakan), buku laporan tahunan, info grafik Universiti, majlis/aktiviti rasmi Universiti, bahan promosi, membantu mereka bentuk montaj dan bahan multimedia bagi tujuan promosi serta membantu mengenal pasti teknologi terkini berkaitan bidang reka bentuk yang boleh diaplikasikan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Penolong Pegawai Tadbir (Penerbit Rancangan) (GRED N29)KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab terhdap proses penyediaan skrip/story board, penyediaan dan pengumpulan bahan, terlibat dalam kerja-kerja ramakan dan suntingan online dan offline, mengkaji teknologi/perisian yang boleh digunapakai dalam proses penyuntingan dan rakaman, memastikan video dihasilkan kreatif dan menarik serta bercitrakan USIM, pengurusan penyelarasan berkaitan rakaman video bagi majlis rasmi Universiti, memuat naik bahan ke USIMTV dalam masa yang ditetapkan, membuat siaran langsung majlis rasmi Universiti, program-program lain termasuk platform media sosial.
– Bertanggungjawab terhadap mengenal pasti teknologi yang bersesuaian untuk diaplikasikan mengikut perkembangan semasa, terlibat dalam Pengurusan produksi rakaman, memastikan perkhidmatan produksi MCP berlangsung dengan baik dan berkualiti sesuai dengan teknologi semasa, terlibat dalam kerja-kerja penyelarasan produksi MCP terutamanya melibatkan majlis-majlis utama universiti serta mengkaji teknologi dan peralatan sedia ada dan baharu yang boleh digunapakai sebaik mungkin.
Penolong Akauntan (GRED W29)KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan akaun amanah dan akaun khas meliputi pembukaan dan penutupan akaun, menyemak laporan, membuat operasi berkaitan seperti invois, terimaan dan jurnal pindahan serta menyediakan laporan secara berkala yang diperlukan oleh Universiti dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Juruteknik Komputer (GRED FT19)KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan teknologi maklumat serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran, operasi sistem Universiti dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Pembantu Kemahiran (Kayu) (GRED H19)KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab menyelia dan mengawasi Bengkel Seni Bina dalam aspek keselamatan pelajar dan membantu pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengawal selia peralatan bengkel dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (GRED N19)KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi, perkhidmatan kaunter, pengendalian pelaksanaan program, pengumpulan data dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Pembantu Pembedahan Pergigian (GRED U19)TetapKampus Pandan Indah, Kuala Lumpur– Bertanggungjawab membantu pengurusan klinik pelajar, membantu kerja-kerja klinikal pegawai pergigian dan perkhidmatan rawatan pergigian, menyediakan peralatan dan bahan pergigian untuk rawatan pergigian dan kawalan jangkitan, memastikan kerja-kerja klinikal dilaksanakan dengan efisen dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Pemandu Kenderaan (GRED H11)KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lessen memandu PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.
– Berpengalaman mengendalikan bas dengan baik serta bertanggungjawab menjaga bas di awah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Pengawal Keselamatan (GRED KP11)KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan– Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Syarat Lantikan :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Memiliki kelayakan akademik merujuk skim berkaitan;Memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C)

Butiran Permohonan :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 21 Februari 2022 (Isnin)
  2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.

Tarikh tutup permohonan : 6 Mac 2022 (Ahad)

Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau boleh terus ke link ini untuk maklumat lebih lanjut.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong kerja kosong berikut 2022 ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.