Kerja Kosong PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd (PVISB) 2022

Mencari Kerja Kosong, PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd (PVISB) 2022. Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd (PVI) ialah anak syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). PERDA ditubuhkan pada 6 Mac 2007 bahawa PERDA memiliki 100% ekuiti dalam PVI untuk menjadikannya sebuah syarikat milik PERDA. Tujuan utama penubuhan PVI adalah untuk bertindak sebagai “Implementing Arm” kepada PERDA dalam pelaksanaan projek yang mempunyai nilai komersial.

Objektif :

  • Melaksanakan projek-projek berpotensi komersial dalam pembangunan hartanah, industri asas tani dan perkhidmatan.
  • Melaksanakan projek secara ‘Quick Win’ dan membina ‘Goodwill’.
  • Bekerjasama dengan syarikat swasta yang mempunyai kepakaran dan kewangan yang kukuh.
  • Memperkukuhkan kumpulan pengurusan supaya lebih kompeten.

Berikut adalah kerja-kerja kosong yang diperlukan.

Kerja Kosong PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd (PVISB) 2022

Jawatan yang ditawarkan:

  • Penolong Pengurus Pengurusan Acara

Syarat Kelayakan :

  • Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • (a) warganegara Malaysia;
  • (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • (c) i. Ijazah Pengurusan Acara (Event Management) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • ii. Ijazah Pengurusan Perhubungan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Dan
    • iii. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Calon bagi lantikan hendaklah lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu.

Klasifikasi : PELAKSANA
Kumpulan : PROFESIONAL
Taraf Jawatan : KONTRAK
Kekosongan : 1

Gaji (Minimum) : RM2,550 sebulan

Gaji (Maximum) : RM6,050 sebulan

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Mac 2022

Cara Permohonan

Semua permohonan perlu dibuat secara ‘online’ melalui laman web PVISB iaitu di www.pvisb.com

Sila muat turun Borang Permohonan Di sini.

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :

  1. Permohonan tidak dibuat secara ‘online’;
  2. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  3. Permohonan tidak lengkap

Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat/emel/sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan,bagi permohonan yang tidak mendapat apa- apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk lihat iklan penuh boleh pergi link Facebook PVISB.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong kerja kosong PVISB 2022 ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.