Kerja Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2022

Mencari Kerja Kosong, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2022. Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Di seluruh dunia, keadaan sentiasa berubah. Transformasi yang berlaku tidak pernah disaksikan sebelum ini. Sebab-sebab perkembangan aspek teknologi, sosial, ekonomi, dan politik adalah antara faktor yang menyumbang kepada anjakan ini. Integriti sesebuah negara sama ada Islam atau bukan Islam akan teruji hasil daripada perkembangan ini.

Umat ​​Islam kini boleh ditemui di setiap negara di dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam mewujudkan halangan yang ketara kepada pembangunan pemahaman dan tafsiran Islam yang menyeluruh sebagai agama dan cara hidup secara keseluruhannya. Islam berlandaskan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan bertolak ansur, ia merangkumi sistem kehidupan yang menyeluruh.

Dalam keghairahan mereka mengembalikan kegemilangan tamadun Islam terdahulu, umat Islam kini berhadapan dengan pelbagai anasir yang bertentangan langsung dengan ajaran Islam. Salah tafsir maklumat oleh media massa yang memberi kesan negatif kepada umat Islam memburukkan lagi keadaan. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan bertujuan untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenar demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa tergelincir daripada landasan yang ditetapkan atau terlibat dalam perkara retorik.

Berikut adalah kerja-kerja kosong yang diperlukan.

Kerja Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2022

Jawatan yang ditawarkan:

  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29

Syarat Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup ikan jawatan;
  3. Mempunyai sijil dalam bidang Teknologi Maklumat/Prosesan data yang diiktiraf oleh IKIM daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM2,092.00); atau
  4. Diploma dalam bidang Sains Komputer/Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh IKIM pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM2,398.00);
  5. Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  6. Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada dua (2) tahun bagi pemegang diploma atau tiga (3) tahun pemegang sijil politeknik dalam bidang berkenaan;
  7. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang rangkaian dan pernah mengendalikan peralatan rangkaian seperti Internet Gateway, Network Router, Switches, Wifi Acces Point dan Network Controller;
  8. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang keselamatan ICT merangkumi semua aspek termasuk keselamatan rangkaian, kawalan akses, keselamatan aplikasi, keselamatan infrastruktur ICT seperti server dan end point devices serta berpengalaman dalam mengendali dan mengurus peralatan keselamatan seperti Firewall dan Anti Virus;
    • Mempunyai pengetahuan yang baik dalam infrastruktur ICT termasuk infrastruktur sokongan seperti DNS, Web Proxy dan Active Directory bagi kawalan keselamatan ICT IKIM;
  9. Mahir dalam pengurusan dan penyelenggaraan komputer dan laptop serta peralatan sokongan seperti mesin pencetak, CCTV dan network storage; dan
  10. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam bidang rangkaian dan keselamatan ICT.
  11. Calon telah lengkap menerima 2 dos vaksin Covid-19.

Tanggungjawab yang Diperlukan :

  • Membantu Pegawai Teknologi Maklumat mengawal selia dan menyelenggara peralatan dan sistem berkaitan akses rangkaian dan keselamatan ICT IKIM.
  • Menyelia dan memantau pengoperasian perkhidmatan sistem dan rangkaian supaya beroperasi dengan baik dengan minima ‘downtime’.
  • Melaksanakan kerja-kerja baik pulih sistem dan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).
  • Mengurus, mengawal dan mengemaskini ID dan kata laluan sistem, rangkaian dan pengguna.
  • Memastikan keselamatan ICT terkawal dengan melaksanakan pemantauan dan aktiviti pencegahan kepada sistem dan rangkaian.
  • Melaksanakan pengurusan dan penyelenggaraan komputer dan laptop pengguna IKIM seperti penyelenggaraan dan baikpulih komputer, pemasangan aplikasi atau perisian, konfigurasi serta pemasangan peralatan sokongan seperti mesin pencetak.
  • Melaksanakan pengurusan inventori dan aset ICT seperti pemantauan dan kemaskini inventori termasuk melaksanakan kerja-kerja pelupusan aset ICT.
  • Membantu pengurusan dan penyelenggaraan bilik server dan bilik rangkaian serta memastikan kawalan keselamatan dilaksana dan dipatuhi.
  • Membantu dalam memastikan capaian rangkaian dan bantuan teknikal peralatan ICT bagi program dan aktiviti IKIM seperti seminar, ceramah & lawatan adalah memuaskan dan baik.

Kumpulan : Pelaksana

Taraf Jawatan :

  • Kontrak satu (1) tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan Tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.

Gaji (Min & Max) :

  • Minimum RM2,092.00
  • Maksimum RM5,830.00
  • Kenaikan gaji tahunan RM145.00

Elaun :

  • Khas : RM160
  • Perumahan :RM300
  • Bantuan Sara Hidup : RM350

Cara Memohon :

  1. Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)

Tel: 03-62046374 Faks: 03-62014189

Sebelum atau selewat-lewatnya pada 11 Mac 2022.

Kesemua dokumen hendaklah disahkan. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.

Untuk maklumat lanjut, permohonan dan iklan penuh, bolehlah secara terus klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong kerja kosong berikut 2022 ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.