Kerja Kosong Perbendaharaan Negeri Johor (PNJ) 2022

Mencari Kerja Kosong, Perbendaharaan Negeri Johor (PNJ) 2022. Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Perbendaharaan Negeri Johor berperanan dalam merancang, mengurus, dan melaksanakan dasar kewangan dan belanjawan ke arah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan manfaat pembangunan yang saksama di seluruh negeri Johor.

Bagi memastikan pengurusan kewangan di peringkat pusat dan agensi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta menyediakan maklumat kewangan yang berkualiti dengan cepat dan teratur. Perbendaharaan Negeri Johor telah merancang strategi berikut:

  • Menggubal dan menyediakan dasar monetari seimbang dan belanjawan negeri.
  • Memantau dan memastikan kutipan hasil negeri mencapai tahap maksimum.
  • mengawal dan mengurus pelaburan kerajaan negeri dengan berkesan.
  • Mengawal pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan serta pinjaman Kerajaan Negeri kepada kerajaan tempatan dan badan berkanun negeri.
  • Pantau dan kawal perbelanjaan negeri untuk mengelakkan pembaziran dan penyelewengan.
  • Mengendalikan dan mengurus peruntukan jabatan dengan cekap untuk meningkatkan perkhidmatan asas kerajaan tepat pada masanya.
  • Menyelia pengurusan stor jabatan dan agensi serta mengawal pelupusan aset negara melalui sistem yang berkesan.
  • Kami memberi khidmat nasihat kepada jabatan dan agensi kerajaan tentang semua perkara berkaitan pengurusan kewangan.
  • Mengambil tindakan untuk menyelaras, memantau, dan mendapatkan maklum balas serta memastikan tindakan susulan telah dilaksanakan ke atas teguran audit.
  • Meningkatkan kemahiran anggota jabatan, termasuk teknologi maklumat dan komunikasi serta kepimpinan
  • Mewujudkan dan membangunkan sistem maklumat dan memastikan aliran maklumat bergerak dengan berkesan untuk membantu pengurusan kewangan pentadbiran negeri.

Berikut adalah kerja-kerja kosong yang diperlukan.

Kerja Kosong Perbendaharaan Negeri Johor (PNJ) 2022

Jawatan yang ditawarkan:

  • Akauntan GRED WA41 (Kontrak)

Syarat Kelayakan :

  • a) Warganegara Malaysia; berumur tidak kurang 18 tahun; dan
    • b)(i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • (ii) Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
    • (iii) Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)
  • c) Syarat Kelayakan Bahasa Melayu – Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Permohonan jawatan adalah dibuka sehingga tarikh tutup iklan. Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PNJ.01 yang boleh didapati di Kaunter Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor atau layari laman web www.pnj.johor.gov.my.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan sijil kelahiran, kad pengenalan serta sijil-sijil akademik yang perlu salinan diakui sah. Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang berjaya dipanggil temu duga dikehendaki membawa kad pengenalan dan dokumen-dokumen asal sijil akademik yang berkaitan ketika menghadiri sesi temu duga.

Sila Muat Turun Borong Permohonan di sini.

TARIKH TUTUP : SEBELUM ATAU PADA 10 MAC 2022 (KHAMIS)

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

Perbendaharaan Negeri
Johor, Aras 1&2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar 79592 Iskandar Puteri,
Johor.

Untuk pertanyaan, sila hubungi di talian 07-266 6566 / 07-266 6575

Untuk lihat iklan penuh boleh pergi link Facebook PNJ.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong kerja kosong PNJ 2022 ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.