Kerja Kosong Majlis Perbandaran Segamat 2021

Mencari kerja kosong Majlis Perbandaran Segamat 2021 ? Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Majlis Perbandaran Segamat (MPS) adalah salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Johor berautonomi sendiri dengan keluasan kawasan pentadbiran seluas 265.53 km persegi (66,275 ekar) berdasarkan kepada kelulusan Kerajaan Negeri No. PW. 1956 JPU 44 31/8/89. Bilangan penduduk yang dicatatkan adalah seramai 189,920 orang berdasarkan Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim, 2010 oleh Jabatan Perangkaan Negara.

Fungsi MPS adalah bagi memastikan pembangunan yang dijalankan di dalam kawasan Majlis mematuhi perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan. Untuk menyempurnakan tugas-tugas tersebut kawalan pembangunan yang meliputi aktiviti-aktiviti pengeluaran Kelulusan Pelan Susunatur, Memberi Kelulusan Pelan Kerja Tanah, Pelan-pelan Infra, Pelan Bangunan, Pelan Landskap, Pengeluaran Sijil Layak Menduduki serta Penguatkuasaan perlulah dilaksanakan.

Selain itu, kawalan aktiviti perniagaan yang dijalankan di kawasan MPS adalah merupakan salah satu dari fungsi Majlis, tugas-tugas kawalan perniagaan meliputi pengeluaran semua jenis lesen, pembaharuan, pengatungan, penamatan, rayuan dan penguatkuasaan.

Seterusnya, salah satu punca utama hasil MPS adalah mengutip cukai taksiran, oleh itu pengurusan cukai taksiran haruslah diselenggarakan dengan baik, aktiviti pengurusan bermula dengan mengenalpasti penilaian hartanah sediada, pengeluaran bil dan pengutipan bayaran.

Akhir sekali, penyediaan dan penyelenggaraan projek infrastruktur dan kemudahan awam juga merupakan salah satu dari fungsi utama MPS, aktiviti-aktiviti bermula dengan perancangan, merekabentuk (samada dibuat sendiri atau dibuat oleh syarikat luar), membuat perolehan pembinaan, mengawasi dan menyelia projek, penyerahan dan tempoh kecacatan serta lain-lain aktiviti berkaitan dengannya.

Berikut adalah senarai kerja kosong di Majlis Perbandaran Segamat 2021.

Kerja Kosong Majlis Perbandaran Segamat

Lokasi: Majlis Perbandaran Segamat

1PEMBANTU TADBIR N19TETAP Syarat Lantikan
2PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19 TETAP Syarat Lantikan

Syarat Kelayakan:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Cukup syarat bagi setiap jawatan yang dipohon
  • Mempunyai ciri-ciri yang diperlukan seperti yang ditetapkan dalam setiap jawatan

Tarikh Tutup: 8 November 2021

Cara-cara memohon:

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi dengan borang yang boleh dimuat turun di http://mpsegamat.gov.my/ dilampirkan bersama-sama:
    • Kad pengenalan diri
    • Sijil kelahiran
    • Sijil-sijil persekolahan
    • Sijil kelulusan akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)
    • Transkrip keputusan akhir peperiksaan
    • Satu keping gambar berukuran ‘passport’
    • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)
  • Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil. 17 tahun 2005.
  • Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.
  • Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-
    • Yang Dipertua,
      Majlis Perbandaran Segamat,
      85000 TANJONG MALIM
  • Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja yang akan dipanggil temuduga.
  • Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup dianggap tidak berjaya.
  • Semua salinan dokumen di atas hendaklah di sahkan oleh pegawai kerajaan (Kumpulan pengurusan dan profesional) atau penghulu Mukim atau Ketua kampung.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menghubungi atau klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong Majlis Perbandaran Segamat 2021 ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.