Kerja Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim 2021

Mencari kerja kosong Majlis Daerah Tanjong Malim 2021 ? Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Pada tarikh 1 Disember 1979, Majlis Daerah Tanjong Malim telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan kawasan Majlis adalah seluas 10,410 hektar dan jumlah penduduk dianggarkan 33,393 orang. Pada bulan ApriI 2020, Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim telah berpindah dan beroperasi di Bandar Behrang 2020.

Fungsi Majlis Daerah Tanjong Malim ditubuhkan adalah untuk:

  • Menjana pelaburan untuk pertumbuhan ekonomi kawasan.
  • Merangsang, merancang dan mengawal pembangunan.
  • Melaksanakan kawalan perniagaan.
  • Mentadbir pengurusan cukai harta.
  • Mengurus, menyelenggara infrastruktur dan kemudahan awam.
  • Mengambil tindakan Penguatkuasaan.
  • Memberi perkhidmatan Perbandaran dan Keceriaan.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan Perakaunan dan Kewangan
  • Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia.
  • Menekankan aspek ‘sustainable development’.

Visi

Menjadikan peneraju terbilang pembangunan progresif ke arah kelestarian dan kesejahteraan masyarakat.

Misi

  1. Melaksanakan tranformasi ke arah memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan mengamalkan urustadbir yang efektif dan berintegriti.
  2. Mewujudkan perbandaran beridentiti melalui pembangunan modal insan yang kompeten dan berdaya saing.
  3. Membina dan memperkasa persekitaran yang harmoni dan kondusif.
  4. Memastikan pembangunan terancang dan seimbang untuk masyarakat.

Berikut adalah senarai kerja kosong di Majlis Daerah Tanjong Malim 2021.

Kerja Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim

Lokasi: Majlis Daerah Tanjong Malim, Perak

Senarai Jawatan Kosong:

1PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29/JA36TETAP/KONTRAK Syarat Lantikan
2PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19/KP22KONTRAK Syarat Lantikan
3PEGAWAI TADBIR GRED N41/N44 (KEJURUTERAAN)TETAP Syarat Lantikan
4PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19/W22TETAP Syarat Lantikan

Syarat Kelayakan:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Cukup syarat bagi setiap jawatan yang dipohon
  • Mempunyai ciri-ciri yang diperlukan seperti yang ditetapkan dalam setiap jawatan

Tarikh Tutup: 8 November 2021

Cara-cara memohon:

  1. Permohonan jawatan yang ditawarkan hendaklah dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://digital.perak.my/penjawatan/
  2. Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan disahkan beserta dengan salinan sijil dan transkrip atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, sijil kelahiran yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.
  3. Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.
  4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:
    • Yang Dipertua,
      Majlis Daerah Tanjong Malim,
      Peti Surat 59,
      35900 TANJONG MALIM

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menghubungi atau klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong Majlis Daerah Tanjong Malim 2021 ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.