Kerja Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2022

Mencari Kerja Kosong, Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2022. Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) bertanggungjawab ke atas penyeliaan industri getah negara. Ia ditubuhkan pada 1 Januari 1998, dan ia menghimpunkan tiga agensi yang mantap (RRIM, MRRDB, dan MRELB), yang kini telah digabungkan menjadi satu entiti dan telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan industri getah sepanjang perjalanan selama 94 tahun yang lalu. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) telah memberikan sumbangan besar kepada kemajuan penyelidikan dan pembangunan getah asli. Ini telah memberi kesan kepada industri getah asli Malaysia serta negara pengeluar getah asli yang lain.

Matlamat utama Lembaga Getah Malaysia adalah untuk membantu dalam pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek, daripada penanaman pokok getah kepada perahan dan pemprosesan getah mentah, pembuatan produk getah, dan pemasaran getah dan produk getah. LGM ialah sebuah organisasi bukan untung yang ditubuhkan pada tahun 1992.

Berikut adalah kerja-kerja kosong yang diperlukan.

Kerja Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2022

Jawatan yang ditawarkan:

  • Pegawai Teknologi Maklumat
  • Pegawai Tadbir
  • Pegawai Tadbir (Ekonomi)
  • Pegawai Penyelidik
  • Penolong Pegawai Penyelidik
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  • Penolong Jurutera
  • Penolong Pegawai Penguat Kuasa
  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Penolong Pegawai Tadbir (Pereka)
  • Pembantu Khas / Setiausaha Pejabat
  • Pembantu Kemahiran
  • Pembantu Setiausaha Pejabat
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  • Pembantu Penyelidik
  • Pembantu Tadbir (Kewangan)
  • Operator Loji
  • Pemandu Kenderaan
  • Pembantu Awam
  • Pengawal Keselamatan
  • Pembantu Operasi

Syarat Kelayakan :

JawatanGredTaraf JawatanGaji Min & MaxLokasi
Pegawai Teknologi MaklumatF41KONTRAKMIN : RM2,315.00
MAKS : RM9,618.00
Lembah Klang
Pegawai TadbirN41TETAP /
KONTRAK
MIN : RM2,080.00
MAKS : RM9,546.00
Lembah Klang
Pegawai Tadbir (Ekonomi)N41TETAP /
KONTRAK
MIN : RM2,080.00
MAKS : RM9,546.00
Lembah Klang
Pegawai PenyelidikQ41/Q43/Q47/Q51/Q53TETAPMIN : RM2,315.00
MAKS : RM13,248.00
Pelbagai Lokasi Di Semanjung Malaysia
Penolong Pegawai PenyelidikQ36KONTRAKMIN : RM3,532.00
MAKS : RM7,511.00
Lembah Klang
Penolong Pegawai Teknologi MaklumatFA29TETAP /
KONTRAK
MIN : RM1,549.00
MAKS : RM5,684.00
Lembah Klang
Penolong JuruteraJA29TETAPMIN : RM1,549.00
MAKS : RM5,701.00
Lembah Klang
Penolong Pegawai Penguat KuasaKP29TETAP /
KONTRAK
MIN : RM1,493.00
MAKS : RM5,696.00
Pelbagai Lokasi Di Semanjung Malaysia
Penolong Pegawai TadbirN29KONTRAKMIN : RM1,493.00
MAKS : RM5,672.00
Lembah Klang
Penolong Pegawai Tadbir (Pereka)N29KONTRAKMIN : RM1,493.00
MAKS : RM5,672.00
Lembah Klang
Pembantu Khas / Setiausaha PejabatN29TETAPMIN : RM1,493.00
MAKS : RM5,672.00
Lembah Klang
Pembantu KemahiranH19TETAP /
KONTRAK
MIN : RM1,377.00
MAKS : RM4,052.00
Lembah Klang
Pembantu Setiausaha PejabatN19TETAP /
KONTRAK
MIN : RM1,352.00
MAKS : RM4,003.00
Lembah Klang
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)N19TETAP /
KONTRAK
MIN : RM1,352.00
MAKS : RM4,003.00
Pelbagai Lokasi Di Semanjung Malaysia
Pembantu PenyelidikQ19TETAP /
KONTRAK
MIN : RM1,355.00
MAKS : RM4,007.00
Kuching, Sarawak
&
Pelbagai Lokasi Di Semanjung Malaysia
Pembantu Tadbir (Kewangan)W19TETAPMIN : RM1,353.00
MAKS : RM4,005.00
Lembah Klang
Operator LojiH11TETAP /
KONTRAK
MIN : RM1,218.00 MAKS : RM2,939.00Pelbagai Lokasi Di Semanjung Malaysia
Pemandu KenderaanH11TETAPMAKS : RM1,218.00
MIN : RM2,939.00
Lembah Klang
Pembantu AwamH11TETAPMIN : RM1,218.00
MAKS : RM2,939.00
Pelbagai Lokasi Di Semanjung Malaysia
Pengawal KeselamatanKP11TETAPMIN : RM1,205.00
MAKS : RM2,939.00
Kota Tinggi, Johor
Pembantu OperasiN11TETAPMIN : RM1,216.00
MAKS : RM2,983.00
Lembah Klang

Syarat Umum :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Syarat-syarat Khusus :

  • Syarat-syarat khusus adalah seperti di LAMPIRAN A.

Tatacara Permohonan :

  1. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara atas talian.
  2. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.
  3. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.
  4. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 MAC 2022

Catatan Am :

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan
    ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
  3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cik Norasyakila binti Abu Seman (Unit Pembangunan Sumber Manusia/Seksyen Perjawatan) Lembaga Getah Malaysia di talian 03-9206 2000 ext : 2205

Untuk maklumat lanjut, permohonan dan iklan penuh, bolehlah secara terus klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong kerja kosong berikut 2022 ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.

Similar Posts