Kerja Kosong Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 2021

Mencari kerja kosong Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 2021? Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Lembaga Pinjaman Padi Negeri Selangor (LPPNS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan berperanan untuk menebus tanah-tanah sawah, memberi pinjaman kepada petani-petani untuk membeli tanah-tanah sawah dan memberi pinjaman bagi pembelian jentera untuk kegunaan di sawah-sawah. LPPNS telah dibubar dan digantikan dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 1972 (pindaan 1976,1982 dan 2005) dan bermula beroperasi pada 1 Mac 1973. PKPS bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.

Walaupun nama telah ditukar namun aktiviti berkenaan penanaman padi masih diteruskan. Pada masa yang sama, PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kachong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut.

Berikut adalah kerja-kerja kosong PKPS yang diperlukan.

Kerja kosong PKPS 2021

Jawatan yang ditawarkan:

  • Pemandu Kenderaan
  • Penyelia

Lokasi:

  • Ibu Pejabat PKPS (Wisma PKPS, Shah Alam, Selangor)
  • Pasar Borong Selangor (KMIO, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor)

Syarat Kelayakan Pemandu Kenderaan:

  • Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelulusan / Kemahiran
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) I Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ii) Mempunyai lesen memandu Kelas GDL/DIE/E1/E2/F/G/H/l yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini
  • Syarat kelayakan Bahasa Melayu
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3 1 PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya Olen Kerajaan;
  • Kriteria Tambahan
    • Boleh bekerja secara berdikari dengan pengawasan minima dan komited,
    • Bersedia untuk bekerja lebih masa, boleh bekerja pada hari minggu dan pada hari Cuti Kelepasan Am
    • Mempunyai tubuh badan yang sihat bagi membantu kerja-kerja mengangkat produk pertanian

Tanggungjawab yang diperlukan Pemandu Kenderaan:

  • Bertanggungjawab melaksanakan Skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Menjaga kenderaan/ jentera di bawah kelolaan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.
  • Mengendalikan kenderaan seperti kereta, van, pacuan empat roda, lori dan bas.
GredMin (RM)Max (RM)
 D1,735.003,615.00
Dl1 ,645.003,400.00
D21,220.002,940.00
GRED DAN JADUAL GAJI (Skim Perkhidmatan Anak-Anak Syarikat
Kumpulan PKPS)

Syarat Kelayakan Penyelia:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan;
  • Sihat tubuh badan dan boleh bekerja secara berdikari, berdisiplin, komited, bersedia untuk bekerja lebih masa, boleh bekerja pada hari minggu dan boleh bekerja pada hari cuti Kelepasan Am dan berintegriti.
  • Kelulusan I Kemahiran. –
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) I Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan
    • Memperolehi empat (4) kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam peperiksaan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sekurang-kurangnya Gred C pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Tanggungjawab yang diperlukan Penyelia:

  • Mengawal selia hal ehwal keselamatan Pasar Borong Selangor.
  • Menjalankan kerja-kerja pemantauan penggunaan utiliti penyewa-penyewa lot.
  • Melaksanakan kutipan sewaan daripada penyewa-penyewa lot iv) Menjalankan kerja-kerja pemantauan tahap kebersihan, keselamatan bangunan dan kerosakan premis Pasar Borong Selangor.
  • Menyediakan laporan kerja-kerja pemantauan secara berkala vi) Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
GredMin (RM)Max (RM)
S2,582.005,256.00
S12,257.004,698.00
S21,357.004,008.00
GRED DAN JADUAL GAJI (Skim Perkhidmatan Anak-Anak Syarikat
Kumpulan PKPS)

Job Type: Kontrak

Schedule: Normal Hour

Elaun:

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Rumah
  • Elaun Anak Elaun Telefon

Tarikh Tutup Permohonan: 9 Januari 2022

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menghubungi atau klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 2021 ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.