Kerja kosong Pengawal Keselamatan 2021

Mencari kerja kosong pengawal keselamatan 2021 ? Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Peranan utama pengawal keselamatan ialah menjaga harta dan nyawa. Di samping  itu, mereka membantu menaikkan imej organisasi kepada pelanggan dan memberi keselesaan kepada pekerja dan majikan supaya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Ini adalah satu peranan yang besar berbanding pulangan yang mereka perolehi.

Selain polis bantuan, pengawal keselamatan adalah satu pekerjaan yang memerlukan disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Pengawal keselamatan selalu diperlukan di sekolah, pusat membeli-belah dan menjaga pintu pagar masuk tempat kerja.

Berikut adalah senarai kerja-kerja kosong pengawal keselamatan 2021.

Minda Consultancy and Technology Sdn Bhd

Pengawal Keselamatan

Lokasi : Taiping

Syarat Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur bawah 50 tahun.
  • Perlu menyediakan laporan kesihatan termasuk ujian air kencing.
  • Boleh bertutur, menulis, membaca Bahasa Malaysia dengan baik.
  • Pengalaman dalam kawalan keselamatan adalah satu kelebihan.
  • Cergas dan sihat tubuh badan.
  • Tiada rekod jenayah, disahkan tiada rekod dadah, dan tidak disenaraikan sebagai pesalah oleh pihak berkuasa.

Tanggungjawab yang diperlukan :

  • Mengesan dan melaporkan kerosakan harta institusi. Menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur atau tindakan yang mencurigakan terhadap aset institusi.
  • Rondaan di sekitar kawasan institusi mengikut masa yang ditetapkan. Merekodkan dan menyediakan laporan mengenai hasil rondaan.
  • Memastikan semua pelawat dan kontraktor dilaporkan dan diberi pas masuk sebelum memasuki bangunan institusi.
  • Bertugas di pos pengawal mengikut jadual yang telah disediakan.
  • Membantu pelawat dengan memberi arahan yang betul dan tepat apabila memasuki bangunan institusi.

Job Type: Kontrak

Gaji : RM1500 hingga RM1999, sebulan

Schedule : Kerja malam

Deskripsi syarikat:

MINDA CONSULTANCY AND TECHNOLOGY SDN BHD adalah sebuah syarikat yang berdaftar sebagai Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Kami menawarkan kursus/ program di pelbagai peringkat khususnya bagi pelajar lepasan Tahfiz untuk membantu mereka mendapatkan kualifikasi/ persijilan yang diiktiraf.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menhubungi atau klik link ini.

ANWARUL MAHABBAH CARE CENTER

Security Guard

Lokasi : Johor Bahru

Syarat Kelayakan :

  • Tahap SPM / O / Tahap SKM 1 / Tahap 2 SKM / Tahap 3 SKM atau Setaraf

Tanggungjawab yang diperlukan :

  • Kawalan Pintu Masuk
    • a. Memastikan pelawat-pelawat luar melaporkan diri di Pos Pengawal sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan premis.
    • b. Memastikan hanya kakitangan dan pelawat yang mempunyai Pas Pelawat sahaja yang dibenarkan masuk.
    • c. Membuat pemerhatian terhadap semua individu yang keluar masuk ke kawasan premis.
    • d. Menghubungi pihak pengurusan premis dan pihak berkuasa berkaitan dengan segera sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian,pencerobohan dan sebagainya.
    • e. Semua pengawal hendaklah memahami dan mahir mengenai Peraturan Umum (General Orders) dan Peraturan Tertentu (Special Orders) mengenai peraturan keselamatan premis kerajaan serta melaksanakannya.
    • f. Laluan keluar/masuk pintu pagar utama sekolah hendaklah sentiasa ditutup.
  • Kawalan Kawasan dan Bangunan
    • a. Membuka pintu dan menutup pintu blok-blok pentadbiran sekiranya diarahkan oleh pihak pengurusan premis.
    • b. Bertanggungjawab untuk memastikan kawasan bangunan tidak dicerobohi oleh individu-individu yang tidak berkaitan.
    • c. Membuat rondaan setiap masa untuk memastikan keselamatan kawasan/ bangunan dan tempat bertugas.
    • d. Merekodkan setiap kejadian yang tidak diingini di dalam buku laporan harian yang disediakan oleh pihak syarikat.

Job Type: Kontrak

Gaji : Bawah RM1,200 sebulan

Schedule : 2 shift

Deskripsi syarikat:

Anwarul Mahabbah Care Center (AMCC) adalah perniagaan milik penuh Bumiputera yang menjuruskan kepada perkhidmatan penjagaan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU ). Perniagaan ini didorong dengan hasrat menyediakan perkhidmatan sokongan yang lengkap dengan persekitaran kondusif kepada warga emas yang memerlukan perkhidmatan penjagaan, rawatan dan perlindungan.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menhubungi atau klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong pengawal keselamatan ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.