Kerja Kosong LHDN 2021

Mencari kerja kosong LHDN 2021? Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Berikut adalah senarai kerja-kerja kosong di LHDN 2021.

Kerja Kosong LHDN 2021

Jawatan yang ditawarkan:

  • Juruteknik Komputer

Lokasi: Kuala Lumpur, Kuching, Johor Bahru dan Teluk Intan.

Syarat Kelayakan :

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat/Aplikasi Perisian Komputer dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Sijil dalam bidang Sistem Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Sijil dalam bidang Rangkaian Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki Diploma dalam bidang teknologi maklumat dan bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Tanggungjawab yang diperlukan :

  • Membantu melaksanakan tugasan mengenai penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan perkakas IT.
  • Membaikpulih sistem pengoperasian dan perisian dalam komputer.
  • Membuat pindahan dan pemasangan kepada pengguna.
  • Membuat semakan dan kemaskini pengurusan rekod bekalan komputer dan pencetak.
  • Membuat semakan dan memastikan peralatan live streaming dan video conference berfungsi.

Cara memohon :

  • Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.
  • Permohonan daripada orang awam dan pegawai LHDNM bertaraf kontrak harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL. https://career.hasil.gov.my/
  • Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf tetap dan kontrak bulanan yang hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL. https://spi.hasil.gov.my/

Schedule: Full-time

Shift: Day Shift

Employee Status: Permanent

Salary: RM1,734.00

Tarikh Akhir Permohonan: 31 Disember 2021

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menghubungi atau klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong LHDN 2021 ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.