Kerja Kosong Kolej Komuniti Selayang 2022

Kolej Komuniti Selayang 2022: Mencari kerja kosong Kolej Komuniti Selayang 2022? Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Kolej Komuniti (KK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), merupakan IPTA yang menyediakan laluan alternatif melalui penawaran Sijil Kolej Komuniti kepada pelajar lepasan sekolah menengah. Kursus pendek juga ditawarkan kepada masyarakat setempat kerana ia berfungsi sebagai hab pembelajaran sepanjang hayat. Kolej Komuniti Selayang (KKSY) telah ditubuhkan pada 1 Mac 2003 dan berpindah ke bangunan baru pada Mei 2006.

Kolej Komuniti Selayang menawarkan program berikut:

  • Diploma Seni Permainan
  • Sijil dalam Operasi Hospitaliti
  • Sijil Masakan
  • Sijil Pastri
  • Sijil Fesyen dan Pakaian
  • Sijil dalam Reka Bentuk Dalaman
  • Sijil Asas Masakan (Sijil Kolej Komuniti Kemahiran Khas)

Berikut adalah kerja-kerja kosong Kolej Komuniti Selayang yang diperlukan.

Kerja kosong Kolej Komuniti Selayang 2022

Jawatan yang ditawarkan:

  • Pensyarah Sijil Operasi Perhotelan

Lokasi:

  • Kolej Komuniti Selayang

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 21
  • tahun pada tarikh tutup iklan
  • Diploma berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya
  • Berkebolehan bertutur dan menulis dengan fasih dalam
  • Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Mempunyai perwatakan dan sikap serta peribadi yang sesuai dann menarik
  • Mudah untuk dihubungi di luar waktu pejabat dan bersedia bekerja lebih masa atau menjalankan tugas di luar pejabat apabila diarahkan
  • Boleh bekerja dalam pengawasan minimum dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Berkemahiran dalam mengendalikan komputer dan ICT.

Cara-cara permohonan:

  • Calon-calon bole menghantar resume beserta sijil yang telah disahkan melalui email:
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 2 Februari 2022
  • Permohonan yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui email/telefon untuk proses temuduga

Gaji: RM 1,800 sebulan (Termasuk KWSP&PERKESO)

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus E-mail seperti yang diberikan di atas atau klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong Kolej Komuniti Selayang 2022 ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.