Kerja Kosong Elektrik 2021

Mencari kerja kosong elektrik 2021 ? Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Kerja-kerja berkaitan elektik adalah kerja yang berisiko dan memerlukan ketekunan yang tinggi. Kerja-kerja eletrik melibatkan Senggaraan Pepasangan Elektrik, Pengujian dan Penentukuran Pepasangan, Kerja-kerja Kabel Bawah Tanah, Talian Atas dan Pensuisan Voltan Rendah / Voltan Tinggi.

Oleh kerana itu, seseorang itu perlu berhati-hati semasa melakukan kerja. Semasa melakukan kerja, pekerja perlu memakai Personal Protective Equipment. Peralatan Perlindungan Diri yang dipakai bagi mengelakkan kecederaan semasa melakukan Kerja Elektrik seperti Topi Keselamatan dan Visor, Pakaian Kalis Percikan Arka, Abah-abah Keselamatan (safety harness), Kasut Keselamatan dan Sarung Tangan.

Berikut adalah senarai kerja-kerja kosong elektrik 2021.

Taiko Marketing

Maintenance Technician

Lokasi : Port Klang

Syarat Kelayakan :

  • Pengalaman 1 – 2 tahun
  • Diploma atau Sijil Profesional disiplin yang berkaitan
  • Calon tanpa sijil tetapi berpengalaman digalakkan untuk memohon

Tanggungjawab yang diperlukan :

Penyelenggaraan Elektrik

  • Memasang, memperbaiki dan menyelenggara peralatan elektrik, pendawaian dan pencahayaan
  • Pemeriksaan rutin ke atas panel elektrik, pemutus litar dan lain-lain.
  • Menyelesaikan sebarang masalah elektrik

Penyelenggaraan Mekanikal

  • Menyelesaikan sebarang masalah mekanikal
  • Penyelenggaraan sistem paip, hos dan kerja pemasangan
  • Penyelenggaraan bagi pencegahan
  • Kerja-kerja pembaikan mesin dan peralatan am
  • Menyediakan rekod penyelenggaraan inventori

Job Type: Sepenuh masa

Gaji : RM 1,500 hingga RM 2,500 sebulan

Bayaran Tambahan:

  • Bonus kehadiran
  • Bayaran komisen
  • Bayaran lebih masa
  • Bonus prestasi

Schedule :

  • Isnin hingga Jumaat

Faedah:

  • Tempat letak kenderaan percuma

Bayaran Tambahan:

  • Bonus kehadiran
  • Bayaran lebih masa

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menhubungi atau klik link ini.

Fulqahtech

Technician electric / aircond

Lokasi : Johor Bahru

Syarat Kelayakan :

  • Lelaki dan berumur 18 tahun dan keatas & sihat tubuh badan.
  • Pengalaman 1 hingga 3 tahun dalam bidang ini.
  • Jujur, amanah dan ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja yang diarahkan oleh
  • penyelia.
  • Tiada masalah dari segi kehadiran & disiplin.
  • Mesti mempunyai lesen G2 & GDL ( digalakkan).
  • Boleh berkerja lebih masa & komited dalam kerja
  • Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu & dan memahami Bahasa Inggreris
  • Boleh berkerja dalam kumpulan.
  • Mempunyai pengalaman 1-2 tahun dalam bidang pendawaian / aircond
  • Pelajar Fresh graduate juga digalakkan memohon ( Lepasan IKM. ILP, IKBN atau kolej kemahiran)

Tanggungjawab yang diperlukan :

  • Mahir dalam kerja pemasangan dan pendawaian elektrik
  • Mengurus, memeriksa, menyelia dan menyelenggara kerosakkan elektrik
  • Berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah bagi setiap peralatan elektrik
  • Menyediakan laporan teknikal
  • Mahir dalam pemasangan pelbagai jenis penyaman udara / aircond.
  • Menyelenggara (servis) & membaik-pulih aircond / penyaman udara.
  • Troubleshoot kerosakan aircond.

Job Type: Sepenuh masa

Gaji : RM1,400 hingga RM1,800 sebulan

Bayaran Tambahan:

  • kemudahan tempat tinggal
  • Epf, Socso
  • Elaun makan
  • Kenaikan gaji

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menhubungi atau klik link ini.

Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd

Penjaga Jentera Elektrik A4

Lokasi : Kuala Kangsar

Syarat Kelayakan :

  • Tahap SPM / O / Tahap SKM 1 / Tahap SKM 2 / Tahap SKM 3 atau Setaraf

Tanggungjawab yang diperlukan :

  • Untuk mengekalkan penjana kuasa syarikat sepenuh masa dan menyimpan buku log aktivitinya.
  • Menyelenggara dan memperbaiki mesin di bawah aset syarikat.
  • Untuk mengekalkan pendawaian elektrik di premis syarikat.

Job Type: Sepenuh masa

Gaji : RM1200 hingga RM1499 sebulan

Schedule : Waktu biasa

Deskripsi syarikat :

Mariwasa merupakan pengeluar kraftangan logam di Kuala Kangsar yang mempunyai sejarah selama hampir 50 tahun dalam pembuatan pingat-pingat dan darjah-darjah kebesaran bagi negara-negara dan angkatan-angkatan bersenjata/beruniform di seluruh dunia.

Kraftangan lain yang dikeluarkan termasuklah alat-alat kebesaran dan hadiah orang kenamaan. Mariwasa dianggotai lebih dari 100 warga Malaysia yang berbagai kemahiran dan pengalaman dalam pengeluaran kraftangan.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menhubungi atau klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong elektrik ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.