Kerja Kosong UPM 2021

Mencari kerja kosong UPM 2021 ? Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

UPM merupakan salah sebuah Universiti penyelidikan yang terunggul di Malaysia. Entiti akademik yang terkenal di seantero dunia ini terletak di Serdang, iaitu bersebelahan dengan Wilayah Pentadbiran Putrajaya. Sebagai sebuah Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang mempunyai reputasi bertaraf antarabangsa, UPM telah berjaya menyatukan para pelajar dan warga kerja dari serata dunia sekali gus menjadikan UPM sebuah entiti global yang amat disegani. 

Berikut adalah senarai kerja-kerja kosong di UPM 2021.

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)

Terdapat 4 jawatan kritikal yang diperlukan oleh HPUPM iaitu:

Kumpulan pengurusan dan profesional

  • Jururawat U41
  • Pegawai Perubatan (Pakar) UD53/UD55
  • Pegawai Perubatan UD43/UD47/UD51

Kumpulan pelaksana

  • Jururawat U29

Syarat Kelayakan :

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan
  • Pihak Berkuasa Tempatan: –
    • a) Had umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun;
    • b) Had umur pelantikan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
      • i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 55 atau 56 tahun; atau
      • ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 58 tahun; atau
      • iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 60 tahun.
  • Calon yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengemukakan SALINAN REKOD KENYATAAN PERKHIDMATAN (RKP) yang telah disahkan untuk temuduga. Calon yang tidak mengemukakan salinan RKP TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki temuduga.
  • Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
  • Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
    • a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
    • b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
    • c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjeksubjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Cara memohon:

Permohonan jawatan perlu dibuat melalui Sistem Permohonan Jawatan Secara Atas Talian (eJOBS) yang boleh dicapai melalui:

PERHATIAN:

Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan
dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Permohonan melalui Sistem Permohonan Jawatan Secara Atas Talian (eJOBS) bagi
jawatan-jawatan ini dibuka secara berterusan sehingga 31 Disember 2021.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menghubungi atau klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong UPM ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.

Similar Posts