10 Telefon Paling Laris 2024, Apple Dan Samsung?

Apa jenama telefon pintar yang paling laris pada tahun 2024 ya? Bila dengar je jenama Samsung dan iPhone, tak sangka sangat!

Tahun 2024 menyaksikan dominasi dua gergasi industri, Apple dan Samsung, yang menduduki kesemua 10 tempat dalam senarai telefon paling laris.

Menurut laporan daripada Counterpoint Research, lima model teratas dikuasai oleh Apple, manakala Samsung menampilkan beberapa model yang turut mendapat sambutan hangat.

Nak tahu betul atau tidak, jom kita lihat senarai 10 telefon pintar yang paling laris pada tahun 2024.

Senarai 10 Telefon Paling Laris 2024

Berdasarkan kajian terbaru, berikut adalah senarai telefon pintar yang paling banyak terjual sepanjang tahun ini:

  1. iPhone 15 Pro Max – 4.4%
  2. iPhone 15 – 4.3%
  3. iPhone 15 Pro – 3.7%
  4. iPhone 14 – 1.9%
  5. Samsung Galaxy S24 Ultra – 1.9%
  6. Samsung Galaxy A15 5G – 1.4%
  7. Samsung Galaxy A54 – 1.3%
  8. iPhone 14 Pro Max – 1.2%
  9. Samsung Galaxy A34 – 1.1%
  10. iPhone 14 Pro – 1.0%

Apple Mendominasi Pasaran Telefon Pintar

Tidak dapat disangkal lagi, Apple sekali lagi menunjukkan keunggulannya dalam pasaran telefon pintar. Model iPhone 15 Pro Max menduduki tempat pertama dengan 4.4% pegangan pasaran, diikuti rapat oleh iPhone 15 dan iPhone 15 Pro.

Siapa tahu, strategi Apple yang menekankan inovasi dan kualiti premium telah menarik perhatian pengguna di seluruh dunia.

Keputusan Apple untuk menggunakan cip pemprosesan terbaru serta sistem kamera yang dipertingkatkan menjadi faktor utama kejayaan model-model ini.

Selain itu, integrasi ekosistem Apple yang lancar, termasuk dengan peranti seperti MacBook, iPad, dan Apple Watch, terus menarik pengguna untuk kekal menggunakan produk jenama ini.

Samsung Kekal Kompetitif dengan Model Flagship dan Bajet

Walaupun Apple menguasai separuh daripada senarai ini, Samsung masih berjaya menempatkan beberapa modelnya dalam carta telefon paling laris.

Model Samsung Galaxy S24 Ultra menjadi telefon pintar Android paling laris dengan 1.9% pegangan pasaran. Dikenali dengan keupayaan kamera yang luar biasa dan reka bentuk premium, model ini menjadi pilihan utama bagi pengguna yang mencari alternatif kepada iPhone.

Di samping itu, model dari siri Galaxy A seperti Galaxy A15 5G, Galaxy A54, dan Galaxy A34 juga mendapat permintaan tinggi.

Telefon dalam kategori ini menawarkan spesifikasi menarik pada harga lebih mampu milik, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang mencari telefon berprestasi baik tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.

telefon paling laris
imej [invest]

Faktor Utama Telefon Paling Laris 2024

Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada populariti telefon-telefon ini, jom lihat. Mana tahu, ini juga merupakan faktor yang kita ambil kita untuk beli sesuatu telefon pintar.

1. Inovasi Teknologi

Kedua-dua Apple dan Samsung terus bersaing dalam memperkenalkan teknologi baharu seperti kamera berkualiti tinggi, skrin lebih baik, dan pemproses yang lebih pantas.

Model flagship seperti iPhone 15 Pro Max dan Samsung Galaxy S24 Ultra hadir dengan spesifikasi yang memenuhi keperluan pengguna moden.

2. Harga yang Kompetitif

Walaupun telefon premium seperti iPhone dan Galaxy S Ultra mendapat tempat di hati pengguna, telefon bajet seperti Samsung Galaxy A15 5G dan Samsung Galaxy A54 tetap popular kerana menawarkan ciri canggih pada harga lebih berpatutan.

3. Pemasaran yang Kuat

Jenama Apple dan Samsung mempunyai strategi pemasaran yang sangat efektif, termasuk promosi agresif di media sosial dan program trade-in yang menarik pengguna untuk menaik taraf telefon mereka.

4. Kepuasan Pengguna dan Ekosistem

Apple terkenal dengan ekosistem tertutupnya yang memudahkan integrasi antara peranti. Samsung pula menawarkan fleksibiliti Android yang menarik pengguna yang lebih suka kebebasan dalam mengawal sistem operasi peranti mereka.

telefon paling laris
imej [photo]

Tahun 2024 terus menjadi tahun kejayaan bagi Apple dan Samsung, dengan kedua-dua jenama ini mendominasi senarai telefon paling laris.

Dari model premium seperti iPhone 15 Pro Max hingga model bajet seperti Samsung Galaxy A15 5G, pengguna di seluruh dunia mempunyai pelbagai pilihan mengikut keperluan dan bajet mereka.

Dengan inovasi yang terus berkembang, tidak mustahil trend ini akan berterusan dalam tahun-tahun mendatang.

Sama ada anda peminat Apple atau Samsung, satu perkara yang pasti, telefon pintar kini menjadi sebahagian yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita!

Jemput baca juga,

HUAWEI Mate XT Telefon Pintar Lipat 3 Sah Masuk Malaysia Februari Ini

Kenali Kimi K1.5 Model AI Terbaru China, Percuma Dan Tanpa Had

10 Keistimewaan DeepSeek (Saingan ChatGPT) Wajib Anda Tahu!

Fox Bakal Lancar Perkhidmatan Penstriman Kendiri!

Similar Posts