Penstriman Netflix Games Telah Muncul Di Malaysia?
Siapa yang tak tahu Netflix, platform penstriman terkenal di dunia. Kini Netflix telah melangkah lebih jauh dengan menawarkan perkhidmatan permainan video melalui Netflix Games.
Dengan penawaran ini, pelanggan Netflix bukan sahaja dapat menonton pelbagai rancangan dan filem tetapi juga boleh bermain permainan video secara terus melalui aplikasi Netflix tanpa sebarang kos tambahan, iklan, atau pembelian dalam aplikasi.
Memang seronok sangatlah, siap boleh gaming lagi dekat netflix! Terbaru, penstriman Netflix Games telah mula muncul di Malaysia.

Walaupun ciri ini masih dalam fasa ujian, ia memberi gambaran bahawa pengguna tempatan bakal menikmati pengalaman baharu dalam dunia permainan digital. Namun, buat masa ini, permainan melalui penstriman masih belum boleh dimainkan.
Jom kita lihat lebih lanjut mengenai Netflix Games dan keseronokannya kepada pengguna.
Apa Itu Netflix Games?
Netflix Games ialah ciri baharu yang membolehkan pelanggan bermain permainan video terus dari aplikasi Netflix. Pada awalnya, permainan ini hanya tersedia dalam bentuk aplikasi mudah alih untuk pengguna iOS dan Android.
Kini, Netflix sedang mengembangkan sokongan permainan melalui penstriman awan yang membolehkan permainan dimainkan pada televisyen dan komputer tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi tambahan.
Netflix menggunakan teknologi penstriman yang serupa dengan Google Stadia dan Nvidia GeForce Now, yang membolehkan pengguna menikmati permainan tanpa perlu memasangnya pada peranti.
Dengan konsep ini, pengguna hanya memerlukan sambungan internet yang stabil untuk menikmati pengalaman gaming tanpa gangguan.

Negara-Negara Yang Mempunyai Akses Awal Netflix Games
Sebelum ini, Netflix Games telah ditawarkan kepada pelanggan di beberapa negara seperti berikut.
- Amerika Syarikat
- Kanada
- United Kingdom
- Sepanyol
- Mexico
- Perancis
- Itali
- Jerman
Kini, perkhidmatan ini mula diuji di negara lain, termasuk Malaysia. Walaupun ciri ini telah kelihatan dalam aplikasi Netflix bagi sesetengah pengguna tempatan, ia masih belum boleh dimainkan sepenuhnya. Netflix menyatakan bahawa hanya pengguna Beta yang layak serta mempunyai peranti dengan spesifikasi tertentu dapat mengaksesnya lebih awal.
Bagaimana Netflix Games Berfungsi?
Netflix Games memerlukan beberapa perkara asas sebelum pengguna dapat menikmatinya:
- Sambungan Internet Stabil – Untuk pengalaman penstriman yang lancar, pengguna disarankan mempunyai kelajuan internet sekurang-kurangnya 10Mbps.
- Papan Kekunci & Tetikus (PC/Laptop) – Jika dimainkan melalui komputer, pengguna perlu menyambungkan papan kekunci dan tetikus.
- Aplikasi Netflix Game Controller (iOS/iPadOS) – Untuk pengguna Apple, kawalan permainan dilakukan melalui aplikasi Netflix Game Controller.
- Aplikasi Netflix (Android/TV) – Bagi pengguna Android atau televisyen pintar, aplikasi Netflix akan digunakan sebagai alat kawalan.
Dengan memenuhi keperluan ini, pengguna boleh mula meneroka pelbagai permainan yang ditawarkan oleh Netflix.

Senarai Permainan Yang Ditawarkan Dalam Netflix Games
Berikut adalah beberapa permainan yang tersedia dalam Netflix Games yang anda boleh pilih. Dalam masa yang akan datang, mungkin ia akan bertambah.
- Cozy Grove: Camp Spirit
- Infernax
- OXENFREE
- Link Twin
- Mole Gem Mayhem
- Reigns
- Reigns: Three Kingdoms
- Rocket
- Story Warriors: Fairy Tales
- The Almost Gone
- Underwatermelon: Fruit Merge
- Centipede Recharged
- Caverns of Mars Recharged
- Too Hot To Handle 3
Walaupun senarai permainan ini masih terhad jika dibandingkan dengan platform permainan lain, Netflix dijangka akan menambah lebih banyak tajuk menarik dalam masa terdekat.
Penstriman Netflix Games Berpotensi Menjadi Trend Baharu
Betulke penstriman Netfliz Games berpotensi menjadi trend baru? Betul. Netflix Games membawa potensi besar dalam dunia penstriman kerana beberapa faktor utama seperti berikut.
- Tiada Kos Tambahan – Pelanggan Netflix tidak perlu membayar yuran tambahan untuk menikmati permainan ini.
- Tanpa Iklan & Pembelian Dalam Aplikasi – Tidak seperti kebanyakan permainan percuma yang dipenuhi iklan dan pembelian dalam aplikasi, Netflix Games menawarkan pengalaman yang lebih selesa.
- Boleh Dimainkan di Pelbagai Peranti – Dengan sokongan penstriman, pengguna tidak perlu mempunyai peranti berkuasa tinggi untuk bermain permainan.
- Pelbagai Genre Permainan – Netflix menawarkan pilihan permainan dari pelbagai genre, sesuai untuk semua peringkat umur.

Netflix Games adalah inovasi menarik dalam dunia penstriman yang membawa pengalaman baharu kepada pelanggan. Dengan keupayaan untuk bermain permainan secara terus melalui aplikasi Netflix tanpa kos tambahan, ia berpotensi untuk menjadi salah satu ciri yang menarik perhatian pengguna di seluruh dunia.
Walaupun penstriman Netflix Games sudah mula kelihatan di Malaysia, ia masih belum boleh dimainkan sepenuhnya. Namun, dengan ujian yang sedang dijalankan, besar kemungkinan pengguna tempatan tidak perlu menunggu lama sebelum dapat menikmati ciri ini sepenuhnya.
Adakah Netflix Games bakal menjadi revolusi baharu dalam industri gaming? Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya!
Jemput baca juga artikel berikut:
HUAWEI Mate XT Telefon Pintar Lipat 3 Sah Masuk Malaysia Februari Ini