Kerja Kosong Jabatan Agama Islam Pahang 2021

Mencari kerja kosong Jabatan Agama Islam Pahang 2021 ? Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Jabatan Agama Islam Negeri Pahang ditubuhkan pada tahun 1926, dikenali dengan nama Majlis Anggota Islam. Pada masa itu pengurusannya terletak di bawah tanggungjawab Tengku Besar Pahang, Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Ia mula beroperasi di sebuah bangunan kayu yang kecil berhampiran dengan tempat kediaman Al-Marhum.

Kemudian pejabatnya dipindahkan ke Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sehingga akhir tahun 1951, seterusnya ia dipindahkan pula ke Balai Hinggap di pinggir sungai di Pekan Lama, Pekan. Pada 25 Mei 1973, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah dengan rasminya ditempatkan di bangunan sekarang ini.

VISI

MENJADI INSTITUSI PENGURUSAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM YANG TERUNGGUL DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH MENJELANG 2021

MISI

MELAHIRKAN UMMAH YANG BERIMAN DAN BERTAKWA MELALUI PENGURUSAN YANG BERKUALITI, BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH

Bermaksud hidup yang beramal dan bekerja berasaskan pegangan akidah Islamiah dan mematuhi semua kehendak syariah atau beramal dengan yang makruf (kebaikan) dan meninggalkan yang mungkar (kejahatan/ kerosakan).

Juga tahap menyerah diri kepada Allah yang perlu dicapai oleh setiap orang Islam, melakukan tindakan berlandaskan perintah-Nya, mengingati-Nya dan menyerah diri kepada-Nya.

Berikut adalah senarai kerja kosong di Jabatan Agama Islam Pahang 2021.

JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG

Guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain

Lokasi: Pekan, Pahang

Syarat Kelayakan:

  • Memiliki SPM berkelulusan dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah dan Lulus dalam Bahasa Arab.
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Warganegara Malaysia

Cara-cara memohon:

  • Permohonan hendaklah mengimbas QR code di dalam iklan atau pergi ke link bit.ly/kafajaip
  • Pemohon hendaklah menghantar sijil-sijil berikut ke Pejabat Agama Islam Daerah yang di mohon.
  • Sijil-sijil berikut hanya perlu dihantar sekali sahaja.
  • Permohonan yang lewat / tidak lengkap / tidak cukup syarat tidak akan dipanggil temuduga.

Tarikh Tutup : 8 Oktober 2021

Taraf Jawatan: Kontrak

Elaun bulanan: RM1,000

KWSP Pekerja: RM90

PERKESO Pekerja: RM4.75

KWSP Majikan: RM130

PERKESO Majikan: RM16.65

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menhubungi atau klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong Jabatan Agama Islam Pahang ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.

Similar Posts