Kerja Kosong Hotel Melaka 2021

Mencari kerja kosong Hotel di Melaka 2021 ? Semoga senarai kerja kosong terkini ini membantu dalam urusan pencarian.

Fungsi industri perhotelan adalah untuk membekalkan tempat kediaman bersifat sementara buat para pengunjung atau pelancong tidak kira dari dalam ataupun luar negara. Berdasarkan statistik yang diambil daripada Malaysian Association of Hotels (2013) mengenai jumlah hotel yang berdaftar di seluruh negara, sebanyak 2445 hotel berdaftar (163194  bilik) telah beroperasi di seluruh negara. Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia membolehkan pertambahan bilangan pelancong dari luar negara datang ke Malaysia.

Jadi, peluang untuk berjaya dalam sektor perhotelan ini juga amat luas. Bekerja dalam sektor perhotelan memerlukan kemahiran yang tinggi dan tahu selok belok sektor perhotelan. Oleh itu, kepada sesiapa yang mengambil kos perhotelan, mereka amat bertuah kerana dapat mempelajari kemahiran dan ilmu tentang perhotelan.

Berikut adalah senarai kerja-kerja kosong hotel di Melaka 2021.

A’FAMOSA RESORT HOTEL SDN BHD

Polis Bantuan / Pelatih

Lokasi : Alor Gajah, Melaka

Syarat Kelayakan :

  • Tahap SPM / O / Tahap SKM 1 / Tahap SKM 2 / Tahap SKM 3 atau Setaraf
  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Tidak mempunyai masalah penglihatan dan masalah pendengaran.
  • Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Benefits:

  • Medical benefits
  • Staff meals
  • Transportation
  • Hostel
  • Free theme park tickets upon confirmation

Job Type: Tetap

Gaji : RM1200 hingga RM1499

Schedule : 2 Shift Time

Deskripsi syarikat :

A’Famosa Resort adalah resort seluas 520 hektar yang terletak di kawasan luar bandar Melaka. Dikelilingi oleh bukit bukit dan kawasan desa yang subur. Visi syarikat adalah menjadi destinasi peranginan di Malaysia untuk percutian, perniagaan, sukan dan rekreasi dan pengembaraan.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menhubungi atau klik link ini.

Holiday Inn Melaka

Restaurant Manager / Assistant Manager for all-day dining

Lokasi : Melaka

Syarat Kelayakan :

  • Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman sebagai Penolong Pengurus Restoran di restoran makan sepanjang hari di hotel
  • Pengalaman di hotel rangkaian antarabangsa akan menjadi kelebihan
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
  • Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
  • Memiliki kemahiran kepimpinan, perancangan dan organisasi yang baik
  • Mesti orang Malaysia
  • Sila sertakan perincian gaji yang diharapkan dalam resume anda

Benefits:

  • Free parking
  • Health insurance
  • Meal provided
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Job Type: Full-time, Contract

Gaji : RM3,000 sebulan

Schedule : Rotational shift

Pertimbangan COVID-19:

Keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan rakan sekerja adalah keutamaan kami, dan kami telah melaksanakan prosedur kebersihan baru di atas dan di luar protokol standard kami, serta langkah-langkah menjauhkan sosial, sesuai dengan nasihat kerajaan dan kesihatan awam.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, bolehlah secara terus menhubungi atau klik link ini.

Kerja Kosong Lain

Selain kerja kosong hotel Melaka ada beberapa lagi kerja kosong menarik untuk anda cuba. Contohnya seperti:

Pihak Hai.My tidak bertanggungjawab dengan permohonan yang dihantar. Segala permohonan hendaklah dihantar secara terus kepada pihak berkenaan.

Similar Posts