5G advanced

Kerjasama DNB dan Ericsson, Teknologi 5G Advanced Kini Dilancarkan!

Kalau anda rasa internet 5G yang ada sekarang dah cukup laju, tunggu dulu, sebab DNB dan Ericsson baru saja melancarkan teknologi 5G Advanced!

Ini bukan sekadar naik taraf biasa, tapi satu inovasi yang disokong kecerdasan buatan (AI), lebih jimat tenaga, dan lebih hebat dari segi prestasi. Sebelum kita sembang panjang, jom faham dulu apa itu 5G Advanced.

5g advanced
imej [xda]

5G Advanced Sangat Cekap?

Secara mudahnya, ia adalah versi yang lebih pintar dan lebih cekap dari 5G biasa. Dengan kependaman ultra-rendah dan kelajuan lebih tinggi, pengguna boleh menikmati pengalaman internet yang lebih lancar, sama ada untuk gaming, video streaming, atau penggunaan perniagaan.

Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo, peningkatan rangkaian ini akan memberi impak besar kepada sektor perusahaan dan digital Malaysia. Malah, ia juga membantu Malaysia menjadi peneraju 5G di rantau ASEAN menjelang 2025!

“Mempercepatkan penggunaan 5G di pelbagai industri sangat penting untuk transformasi digital Malaysia. Ini bukan saja menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, tetapi juga menarik lebih banyak pelaburan ke dalam sektor digital,” katanya semasa majlis pelancaran di pusat pengalaman My5G Portal DNB.

5G advanced
via [awani]

Kenapa 5G Advanced Lebih Power?

Pelancaran 5G Advanced ini bukan sekadar nak tunjuk teknologi baru semata-mata, tapi ada beberapa kelebihan utama yang menjadikannya lebih efisien dan mesra pengguna. Jom lihat kenapa 5G advanced ini sangat hebat.

5G advanced
imej [govcon]
  1. Disokong Teknologi AI – Rangkaian 5G Advanced menggunakan AI untuk mengoptimumkan prestasi rangkaian, memastikan kelajuan internet kekal stabil dan cekap.
  2. Menjimatkan Tenaga – Dengan ciri Automated Energy Saver daripada Ericsson, tenaga digunakan dengan lebih cekap tanpa menjejaskan prestasi rangkaian.
  3. Sesuai untuk IoT & Peranti Pintar – Teknologi RedCap membolehkan penggunaan 5G dalam peranti kecil seperti wearables (jam pintar, gelang kesihatan) dan sensor industri, memanjangkan hayat bateri serta mengurangkan kos operasi.
  4. Meningkatkan Kecekapan Perniagaan – Bagi industri dan syarikat, 5G Advanced membolehkan penggunaan Internet of Things (IoT) yang lebih baik, menjadikan operasi lebih cekap dan inovatif.

Masa Depan 5G di Malaysia

DNB dan Ericsson komited untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati teknologi 5G Advanced ini. Mereka bukan sekadar melancarkan teknologi, tetapi juga mengadakan kerjasama strategik, program pendidikan, dan demo teknologi supaya semua orang boleh faham dan manfaatkan kelebihannya.

Melalui pusat pengalaman My5G Portal, orang ramai boleh melihat sendiri lebih 50 kes penggunaan 5G dalam 12 industri yang berbeza. Ini termasuk teknologi dalam kesihatan, perkilangan, automotif, dan hiburan yang akan mengubah cara kita hidup dan bekerja.

5G advanced
imej [nestia]

Penggunaan 5G Semakin Meningkat di Malaysia

Menurut laporan terbaru, pada akhir Disember 2024, jumlah langganan perkhidmatan 5G di Malaysia telah mencapai 18.2 juta, iaitu sebanyak 53.4% kadar penggunaan. Banyak sangat! Dengan pelancaran 5G Advanced, angka ini dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat.

Teknologi 5G Advanced oleh DNB dan Ericsson ini bukan sekadar tentang internet laju, tapi ia membawa impak besar kepada cara kita bekerja, berhubung, dan menikmati hiburan digital. Dengan kecekapan tenaga, sokongan AI, dan keupayaan untuk pelbagai peranti pintar, masa depan digital Malaysia nampak lebih cerah!

Jemput baca:

Generasi Beta (2025 – 2039) Dah Dilahirkan? Ini Ciri Mereka!

HUAWEI Mate XT Ultimate Design Kini Di Malaysia 18 Feb 2025 Ini

13 Teknologi Terkini Jadi Trend 2025!

Similar Posts